Thursday, 7 March 2013

Inspirasi...Transformasi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup aku ni, salah satu benda yang aku paling suka lakukan ialah memerhati gelagat dan tingkah laku manusia...

Ada yg positif..
Ada yang negatif..
Ada yg kompetitif..
Ada yg pasif...

Tidak kurg juga ada yg mengambil remeh soal kehidupan..
Masa muda dianggap masa joli dimana kau boleh buat sesuka hati cipika cipiki..
Dah tua nnt baru kau tumpu utk Ilahi..

well,
aku x kata pegangan hidup mereka yg berfikiran seperti ini salah..
tapi,
pegangan mereka ini sama sekali  tidak tepat...

waktu muda..
kau ada masa,kau ada tenaga cuma kau x ada harta..

dah dewasa dah kerja..
kau ada harta,kau ada tenaga cuma kau x ada masa..

dah tua..
kau ada masa,kau ada harta tapi kau x ada tenaga...

jd manfaatkan masa mudamu utk beribadah seinfinitinya...
ikhlaskan perjuanganmu ke arah sabilnya..

mmg suatu ketika dahulu aku juga adalah seorg anak muda dan remaja yg berfikiran seprti itu..
mahu bebas,mahu joli,mahu enjoy sementara muda..
tapi aku bersyukur sbb Allah masih sygkan aku..

Dia htrkan aku sejumlah manusia yg telah mengtransformasikan hidup aku..
Dia htrkan sejumlah manusia yg menjadi inspirasi utk diri aku..

Terima kasih kpd manusia2 tersebut..
Mrk telah mengubah sisi jahiliah aku dahulu ke arah sisi yg lebih terarah..
Membuatkan aku sering terfikir tentang rasionalnya hikmah dalam sesebuah kehidupan..
dalam erti kata lain
mereka ajar aku menjadi insan POSITIF !!
memandang segalanya dari sudut positif..!!
memandang musibah sbg suatu rahmah,
memandang kegagalan sbg suatu kejayaan yg masih tertunda,
memandang kesusahan sbg suatu bentuk kematangan diri..

terima kasih..

kepada insan2 tersebut :

 1 ) mak abah aku : yg dh bertungkus lumus jerih payah menyekolahkan aku,bg duit kt aku,layan permintaan aku yg x tentu psl ni..

 2 ) mdm sa'adah , mdm rosmarina : lecturer bio aku yg tlh memberikan aku ilmu ttg hakikat alam dan manusia supaya aku lebih menghargai diri ini lebih dari sekadar menghrgainya sebagai manusia..

 3 ) ust muhadir : murabbi talaqi ku yg tlh membawa aku mengenal kehidupan hakikat BERTUHAN..lau la murabbi ma araftu rabbi..~

 4 ) mdm azila , ustzh zaihan , mdm sapura ,cikgu mat : guru2ku yg tlh byk membantu aku mengenali hakikat kehidupan yg berliku ini...

 5 ) dan mereka2 semua yg tlh mjd sumber inspirasi kpd diriku..x kira mereka itu adalah manusia hatta haiwan dan tumbuhan sekalipun..

Terima kasih Allah yg telah menciptakan 'mereka' semua ini utk mengtransformasi kan sisi hidupku...~

Mereka pemberi inspirasi,
Mereka pencetus transformasi,
Tiada mereka aku basi....

No comments:

Post a Comment