bismillahirrahmanirrahim..
lengkap putaran hari,
diri ini berdosa lagi...
hakikat kita manusia xkan sunyi dari membuat dosa..
cuma kita kadang2 yg x rasa berdosa melakukan dosa..
mungkin kerana terlalu tebal dosa silam dicampur dgn daki hitam nafsu yg menajis di jiwa..
bahagianya manusia jika merasa dirinya bertuhan......
bahayanya manusia jika merasa dirinya tuhan...
hakikat haiwan peliharaan perlukan Tuannya..
hakikat hamba perlukan Tuhannya..
mengapa perlu sombong melangkah di buana?
bukannya diri sehebat mana..
kau x akan dapat menembusi dasar bahkan xkn dapat menjulang langit..
kita hanya peminjam sementara
itu pun x faham2 lg ka?
ingat semua yg ada di dunia ni kita punya?
tidak ingatkah kita pada si Firaun yg mencabar melihat Tuhannya Musa?
tidak ingatkah kita pada si Qarun yg tenggelam dengan hartanya?
itu semua kerana apa?
kerana rasa megah berpijak di atas dunia
merasakan kehidupan ini tiada penyudahnya
muhasabahlah diri ini memang pendosa
x akan pernah lengkap dan sempurna
entahkan dosa kelmarin sudah diampun atau belum
datang pula dosa baru berhimpun menjadi padu
hitamlah si kalbu merintih sayu
mengharapkan sekelumit belas dari PenciptaNYA
namun esok lusa pasti kan berulang semula
dosa lama saling bertukar pula dengan yg baru
xkan pernah berhenti sistem si Pendosa
kadangkala cas imannya penuh dia kan menjadi si alim yg setia
namun bila cas imannya berkurang dia kembali menjadi si zalim yg nyata
zalim kepada dirinya,zalim kepada Tuhannya,zalim kepada sesiapa sahaja
dosa x memilih manusia
kadang2 pak imam janggut putih sampai ke dada pun bisa tersungkur
apatah lagi kita org biasa ini
oleh itu
berhati-hatilah dengan hati
hati boleh jadi membawa dekat kepada sang Rabbi
tapi boleh juga membawa jauh dari cinta Ilahi
gilaplah hati dengan alunan zikrullah yg mengasyikkan
didklah hati dengan tadabbur quran yg mempesonakan
rawatlah hati dengan qiyammu yg mendamaikan
suburkanlah hati dengan sunnah nabi junjungan
insya Allah
xkan mati hati begini
bila hidup sentiasa dalam redha ilahi
xkan berulang dosa silam
jika kita sedar hakikat sebenar kita ini adalah
SANG PENDOSA...
No comments:
Post a Comment