bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah berlalulah sudah Ramadhan Kareem..kini,menjelmalah sudah Syawal yg mulia..
Hari yg ditunggu-tunggu oleh sekalian Muslim di seantero dunia namun si Mukmin pula menangis hiba~~
Setelah sebulan menahan dugaan lapar dan dahaga akhirnya kita berhak jua memperoleh kemenangan ini..
syukur Ya Allah (^^,).....
Dan aku bersyukur jua kerana hingga ke hari ini engkau masih sudi meminjamkan makhluk bergelar 'nyawa' ini kepada aku...walaupun di saat2 akhir ramadhan aku telah merasakan yg hayat ini sudah terlalu hampir menujuMu..namun Alhamdulillah ~..Engkau masih memberi peluang untuk aku terus hidup di atas muka bumi ini ya Allah..
Hari ini,
1 Syawal yg dirai sbg syiar kemenangan umat Islam..
Dimana kita kembali kepada fitrah penyucian diri kita sebagaimana sucinya si kecil yg baru meniti hidup di dunia...
Dan hari ini juga kita menyorot kembali sejarah kemenangan Agung para pejuang Badar yg mulia..
Mengimbau kembali detik2 permulaan gema takbir yang dilaungkan insan yg mulia Rasulullah s.a.w..
Di sinilah kemenangan kita tertegak..
Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah,
Engkau telah memberi aku peluang untuk terus bersama insan2 yg tersayang untuk bersama-sama meraikan hari indah ini..
SELAMAT KEMBALI KE FITRAH~
No comments:
Post a Comment